Thursday 22 May 2014

Kehidupan Pengendali Terowong Seludup Di Gaza (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Seludup


Terowong penyeludupan bawah tanah yang menyambungkan Gaza ke Mesir menjadi nadi kehidupan penduduk Palestin yang di bawah pengawasan regin Zionis. Barangan keperluan sentiasa dihalang masuk kerana pihak Zionis percaya senjata juga turut diseludup. Ini menyebabkan barangan asas seperti makanan dan ubat-ubatan tidak sampai ke tangan warga Gaza yang memerlukan. Ratusan terowong bawah tanah seperti di bawah dibina bagi menyeludup kambing untuk dimakan ketika hari perayaan, ubat-ubatan dan juga ayam goreng KFC. Tuan punya terowong mengenakan bayaran yang mahal untuk menyeludup masuk. Because why not ambik keuntungan ke atas your own people right? Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko terowong mereka runtuh dan dibom oleh tentera Israel.




Laporan asal NYDailyNews

Monday 5 May 2014

Wadi Rum: Kebuh Sayur Hijau di Tengah Padang Pasir di Jordan (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Ku lihat hijau

Bercucuk tanam di tengah padang pasir ialah idea yang boleh dianggap gila dan tidak masuk akal. Ianya seperti industri menghasilkan kereta tempatan dengan standard bangang kemudian meletakkan cukai 200% pada pesaing luar negara bagi memastikan kereta tempatan laku. It is just that damn stupid when you think about it. Tetapi ini tidak menghentikan projek kebun sayur-sayuran gergasi yang terletak di Wadi Rum, Jordan. Wadi Rum ialah kawasan padang pasir yang kini menjadi kebun penanaman sayur oleh Rum Farm Organics. Projek penghijauan padang pasir ini sudah dilakukan sejak 1986 dan ianya kini membekalkan sayur-sayuran seperti kobis, kentang dan tomato untuk pasaran Jordan. Rum Farm Organic mengepam air dari akuifer yang terletak 40 meter di bawah padang pasir untuk mengairi ladang mereka yang kini mempunyai keluasan 2000 hektar. Sistem pancuran air berputar digunakan dan setiap kebun sayur berbentuk bulatan ini mempunyai keluasan 78 hektar setiap satu. Yang menarik tentang teknologi penghijauan padang pasir ini ialah ianya bukan teknologi baharu tetapi telah digunakan sejak zaman tamadun Mesir lagi. Really cool. 






Sumber Amusing Planet