Wednesday 31 October 2012

Kereta Perisai Buatan Sendiri Kartel Dadah di Mexico (foto)

Sumber dipetik: Blogserius

Pablo McGuyverito


Kartel dadah di Mexico mempunyai tentera mereka sendiri bagi menentang pihak berkuasa dan juga bagi melawan kartel dadah lain yang cuba menyaingi perniagaan mereka. Sungguhpun mereka memiliki wang yang banyak, mereka tidak mampu mendapatkan kelengkapan kereta perisai sebagaimana milik tentera. 

Oleh sebab itulah mereka terpaksa membuat inovasi dengan menghasilkan kereta perisai buatan sendiri dengan mengubahsuai kenderaan biasa. Ada yang sekadar melakukan pengubahsuaian mudah dengan meletakkan kabin berperisai and ruang tambahan untuk kargo. Ada juga yang diubahsuai secara menyeluruh dengan keseluruhan badan lori dipasangkan besi kalis peluru.

At the end of the day....... lori kawan Antonio Banderas dalam DESPERADOS jugak yang paling cool. This is fact. That chibi lorry is damn awesome.





Laporan asal Esmas via Izismile

KACAU-GANGGU SEMASA SOLAT

Pernahkah sewaktu anda merasakan sedang berada dalam zon Khusyuk solat, tiba-tiba muncul pula kacau-ganggu dan memusnahkan fokus solat anda? Kadang-kala untuk menjadi lebih proaktif sewajarnya kita berusaha untuk mengelak diri daripada menimbulkan gangguan luaran ketika sedang solat (dan malang kalau kita turut kacau solat jemaah lain). Elakkan ia!

1) The Scratcher (si penggaru)

Kadang-kala, secara malang (dan Tuhan ingin menguji) saya sering "berpasangan" dengan beberapa jenis orang yang berkelakuan menjengkelkan sewaktu solat berjemaah. Ada kalanya mereka ini melihat-lihat jam di tangan dan main pusing-pusing jam di lengan. Ada juga orang yang bernafas terlalu kuat sehingga menyukarkan jemaah lain mendengar suara dan bacaan Imam. Namun, kategori yang paling teruk di sebelah anda ialah si penggaru (the Scratcher).


Sebermulanya solat dengan Takbir hinggalah hampir selesai, mamat ni akan asyik menggaru di setiap tempat pada tubuhnya. Dia juga mungkin menggaru pada bahagian-bahagian yang saya sendiri tidak tahu wujud pada tubuh badan manusia. Namun, rosaklah solat saya bilamana asyik terganggu kerana memikirkan apa terjadi sekiranya "gatalnya itu" berpindah ke badan saya pula? Bukankah makruh jadinya?

Sekiranya anda mempunyai masalah kegatalan yang sangat serius, mungkin anda terkena jangkitan kutu dan perlu mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera.

2) Daycare (Pusat jagaan harian)

Sesetengah orang yang kekurangan kemahiran keibubapaan merasakan mereka memerlukan sejenak waktu di sebelah malam hari di masjid untuk beribadat dan membersihkan dosa-dosa. Saya maksudkan, masjid adalah tempat yang bagus buat keluarga, bukan? Kita boleh juga membawa anak-anak yang kecil ke rumah Allah bersama ditemani kereta Hot Wheels dan patung Barbies bukan? Tetapi apa yang di akhirnya terjadi? Ibu bapa hanya letakkan anak-anak di satu sudut atau bilik supaya mereka dapat meneruskan solat mereka tanpa gangguan anak-anak.

Tetapi di mana selalunya anak-anak yang ditinggalkan ini berada, sebenarnya?


Saya tidak pernah boleh faham mengapa ibubapa tidak boleh berkorban atau mendapatkan khidmat penjaga di sebelah malam sekiranya mereka ingin menikmati malam di masjid. Tentulah, kanak-kanak seharusnya didedahkan supaya rapat dengan masjid tetapi janganlah pula dengan mengganggu solat jemaah lain hanya kerana ibu dan bapa si anak itu tidak berani untuk berkata "Diam dan Duduk" atau "Pakai balik lampin tu" di khalayak ramai.

Ataupun juga, masjid-masjid yang baru boleh mengambil langkah menyediakan ruang berasingan untuk bayi dan kanak-kanak bergerak bebas (seperti zon khas untuk kanak-kanak). Seperti juga tempat bermain di restoran McDonald. Tetapi jika di McDonald kanak-kanak lari dikejar "Hamburglar", mungkin di zon kanak-kanak di masjid, kanak-kanak akan lari kerana dikejar Jin atau syaitan serta diberi minuman jus kurma dan sebagainya.

3) Unnecessary Repeater (Si Pengulang yang tak kenal waktu)

Sesetengah masjid tidak menyediakan kemudahan sistem audio (suara) kerana semua khatib boleh menjerit dengan kuat sewaktu menyampaikan khutbah. Bagaimanapun, hal ini memberikan kesan apabila jemaah mula bersolat. Masalah juga dihadapi bagi jemaah yang tiba lewat atau kaum wanita yang diletakkan bersolat di ruang belakang - menyukarkan mereka mendengar bacaan Imam. Di sinilah munculnya "si pengulang". Si pengulang mempunyai satu tugas - memastikan mereka yang dibelakang dapat mendengar arahan Imam semasa solat.

Kadang-kala si pengulang menjadi terbawa-bawa dengan "tugasnya" dengan menjadi pengulang bagi setiap kali waktu solat. Walaupun ada waktunya suara Imam lebih kuat berbanding si pengulang. Atau walaupun waktu itu hanya terdapat 3 orang makmum sahaja. 


Music to my ears.

4) Shirts-With-Essays-On-The-Back (Baju dengan karangan di bahagian belakang)

Sesetengah orang memakai pakaian yang bangan sekali untuk bersolat di masjid. Sesetengahnya pelik dan pernah sekali seorang budak memakai t-shirt yang bertulis mesej "I like to do it all night long". Apa yang berlaku budak itu bukan sahaja dimarahi oleh jemaah yang tua, bahkan mendapat pujian pula kerana dijelaskan mesej pada t-shirt itu merujuk kepada "solat malam" dan menggalakkan pemuda lain mengerjakan "Qiamullai".

Ada juga t-shirt lain yang mempunyai karangan panjang di belakangnya. Sungguh besar dan panjang sehingga mengambil beberapa rakaat untuk makmum di belakangnya selesai membaca karangan itu. Tambah bangang lagi, buat apa engkau baca karangan tu "in the first place"? Terrible.


The t-shirt was probably designed by the enemies of Islam to distract you during prayer.

5) Head-Butt

Sebagai Muslim, kita bangga setiap kali kita berjaya mencipta sesuatu yang berguna buat masyarakat. Sains kimia contohnya, dan juga sosiologi, dan Algebra, dan Nintendo...etc. Sesetengahnya mungkin benar kita cipta dan selebihnya diada-adakan. Tetapi satu benda ini saya rasa ia dicipta oleh Muslim iaitu perkataan "head-butt".


Dari manakah asalnya perkataan ini? Mungkinkah daripada perbuatan kita semasa solat? Apabila saf (baris) dibentuk terlalu rapat dan ada jemaah yang tidak ikut "rentak" sehingga menimbulkan perlanggaran kuat bilamana bontot jemaah hadapan berlaga dengan kepala jemaah belakang. Ini gerakan yang merbahaya.

Tambah bahaya lagi sekiranya makmum di depan tu terbatal wuduknya ketika perlanggaran berlaku (terkentut misalnya). Apa yang berlaku mungkin terjadinya "knock out' (which I guess we invented that as well).

6) Obnoxious Ring-Tones (Bunyi nada dering yang mengganggu)

Perkara mengenai gangguan bunyi telefon sewaktu solat telah saya kupas dengan panjang lebar sebelum ini. Namun, tak kiralah berapa juta kali diingatkan supaya mematikan nada dering telefon sewaktu solat, akan sentiasa ada si bodoh yang akan bersolat "mengikut rentak nada dering".

Di samping sikap kita, yang lebih membingitkan adalah gangguan bunyi telefon itu. Anda tahu, nada dering irama Bollywood yang anda gunakan bagi menunjuk-nunjukkan kepada seluruh makmum juga memberitahu orang ramai betapa buruknya citarasa anda. Tindakan yang betul sekiranya telefon berbunyi ketika sedang solat adalah dengan segera mematikannya, ataupun mencampakkan telefon anda keluar tingkap. Perkara yang salah pula ialah dengan membiarkan telefon tersebut berbunyi sewaktu solat dan mula terhangguk-hangguk mengikut rentak!


Tahukah anda bilamana solat kita bertukar menjadi "korup" (tercemar) adalah apabila ada manusia lain di sekitar anda yang mula mengangguk-angguk menurut irama bunyi telefon. Hell, when the Imam starts bopping you know the right thing to do is to save the prayer. Jadi anda perlu buat apa yang sepatutnya seorang "Hero" itu akan lakukan....you pull out the obstruction!

Prayer aside, ring tones are the worst idea in history next to low-rise pants (bila rukuk nampak alur bontot).

7) Low-Rise Pants 

Kadang-kala apabila saya cuba untuk khusyuk dalam solat, apa sentiasalah pula muncul orang di depan saya yang suka nak memusnahkan kekhusyukan solat saya. Mereka tidak memakai tali pinggang. Mereka tidak masukkan baju ke dalam seluar. Hasilnya? Sesuatu pemandangan yang sangat menjelik dan menjijikkan di mana hanya boleh saya tunjukkan melalui foto di bawah. Itupun saya terpaksa sensor jugak!


Komuniti Islam di mana-manapun boleh berbeza pendapat di dalam melihat anak bulan dan menentukan tarikh mula Puasa dan Hari Raya. Tetapi komuniti Islam di seluruh dunia rasanya setuju untuk menyatakan: this is the one moon sighting we don't need to see. Malang kalau ia turut didatangkan bersama bulu yang banyak...Ew!

Sumber tanpa terjemahan: SINI

PERHATIAN: SENARAI SKIM PELABURAN YANG DIHARAMKAN BANK NEGARA (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Please educate yourself!

Sejak dua-menjak ini banyak pula kami dengar syarikat pelaburan diserbu pihak Bank Negara kerana tidak mempunyai lesen atau terdapat elemen yang mencurigakan di dalam aktiviti perniagaan yang mereka jalankan. Sebagai ingatan, sekiranya anda ingin melabur, pastikan wang anda dilaburkan ke dalam syarikat yang berlesan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Di bawah ialah senarai nama-nama syarikat pelaburan yang menyebabkan pelaburnya LEBUR. Jangan jadi mangsa penipuan. Baca senarai di bawah sebelum menangis di kemudian hari.

Thanks @ErinAdlina for this helpful link 


 

Laporan asal Bank Negara Malaysia 

Tuesday 30 October 2012

Kikuo Ibe - bapa jam CASIO G-SHOCK (menyingkap fakta)

Dipetik daripada: Blogserius

Respect!


Semasa kami masih bersekolah dahulu, jam tangan yang paling legendary ialah Casio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada pelajar yang menggunakannya sebagai buku lima bila bergaduh di luar sekolah. Tidak seperti belt buckle besi yang besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata perlu dan kegemaran budak pailang. Heh.. Pailang...... I haven't used that word since I was 15.

Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50,000,000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual!


Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo, G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang mudah rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough". 


Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa di dalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas menunjukkan bahawa penyelesaian ini tidak memberikan daya ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah "bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak" akhirnya diperoleh secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaimana bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shock dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991.


G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu, anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven. BAD ASS!

Bagi kami jam G-Shock yang paling ikonik rekaannya ialah DW-9052. Kami sendiri pernah melakukan droptest dari bangunan 3 tingkat dan jam ini tidak mengalami sebarang kerosakan. Awesome! Too bad ketika itu kami POORFAG dan tak mampu beli G-Shock. Maka terpaksa pakai SWATCH sahaja. HAHA poorfag lah sangat!

Laporan asal Wikipedia dan IsaacLikes

GOOGLE NEXUS 4: Telefon Pintar Berkuasa MAMPU MILIK (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Nexus 4

Nexus 4 ialah peranti pintar generasi ketiga dari keluarga Nexus. Ianya dinaiktaraf dari Galaxy Nexus yang dikeluarkan setahun lalu. Kali ini ia diperkasakan dengan pemproses 1.5 Ghz empat teras, kamera 8 megapixel dan RAM sebesar 2 Gigabyte. Terdapat 2 versi Nexus 4 dengan storan sebesar 8 atau 16 Gigabyte. Sokongan kad SD sekali lagi tidak disertakan. Dari segi skrin ianya sebesar 4.7 inci. 

Harga jualan bermula dari USD 299 (RM 900) untuk versi 8 Gb dan USD 345 (Rm 1050) untuk 16 Gb. Ini membuatkan Nexus 4 menjadi telefon pintar Android berkuasa tinggi yang paling murah harganya.



Laporan asal Google 

Mashup: Jika Pelakon Popular Lelaki Adalah Pelakon Wanita (foto yang LOL#)

Disumberkan oleh: Blogserius

Senggama Minda


Apakah terjadi jika pelakon lelaki kegemaran anda adalah seorang wanita? Inilah hasil kerja pengguna laman sesawang Worth1000. Sangat lulz dan menyenggama minda. Nicholas Cage edisi awek comel sangat LULWAT!! Enjoice...

IN B4 Rozita Chef Wan 



Laporan asal Worth1000

Monday 29 October 2012

Pusat Data Gergasi Milik Facebook (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Mukabuku.........

Semua laman web mempunyai pangkalan data mereka sendiri. Blogserius sangat cheapskate dan kami gunakan khidmat Blogger Google sahaja.  Yes we are so damn poor we don't even have money to have our own servers. Laman sesawang media sosial Facebook tak macam kami. Mereka kaya dan mempunyai pusat data gergasi di Pinewood Oregon sebesar 10,00 meter persegi. Di sinilah kesemua gambar duckface dan bayi anda which no one give a crap disimpan. 



Laporan asal Facebook

Sunday 28 October 2012

7 ANNOYING TRENDS ON FACEBOOK

Lama tak bercerita tentang Facebook. FB hari ini telah melalui 'bajilion' macam perubahan imej dan ciri-ciri rupa-muka untuk kemudahan penggunanya. Menganggu secara gurauan melalui FB masih menjadi satu perbuatan yang menjengkelkan. Dan kini terdapat sekurang-kurangnya 7 tabiat di FB yang perlu dihadapi oleh kita semua. Oh joy!

1) PARENTS JOINING FACEBOOK


Tahukah anda, adalah sesuatu yang baik untuk kedua ibubapa anda terlibat dengan FB untuk mengintip terlibat dengan hidup anak kesayangan mereka. Tapi saya rasa ibubapa juga harus menyedari persahabatan mereka dengan anak-anak juga turut membuka peluang untuk sahabat mereka menghantar friend request kepada anak-anak.

Bertambahlah dilema anak-anak. Apa yang patut mereka lakukan sekiranya kawan ibubapa mereka menghantar friend request? Jika menolaknya tentulah dianggap tidak sopan dan tidak hormat kawan ibubapa sendiri. Dan kalau menjadi kawan pula, tentulah janggal. Nanti, di pertemuan majlis keluarga tentu akan menimbulkan kejanggalan untuk berbual.

"Tunggu...bukankah itu rakan si Sumaya yang patutnya bertudung?"

"Ai, tengok foto-foto ni mak tak sangka yang anak lelaki Imam tu sungguh cekal dia berdakwah. Sampai ke kelab malam pun dia masuk. Emm..ramai ye isteri muda dia?"

"Mat dan terima belum Ayah punye "Farmville invite"? My farn is so..as you say, awesome!"

Andainya anda tidak add ibubapa, mereka masih boleh mencari anda di FB, dan kemudian akan mencadangkan anda agar menjadi kawan dengan mereka. FB tahu tentang perkara ni (tengok senarai: friends you might know). Haha...ia mahu musnahkan kehidupan keluarga anda dan menjadikan perbualan di meja makan lebih janggal. Ianya langkah pertama untuk menguasai dunia...muahaha..

2) UGLY MIRROR SHOTS

Elemen ini lebih berkait dengan golongan wanita, tetapi untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, sesetengah jantan yang menganggap diri mereka "hot" juga turut suka berposing foto di depan cermin. Lihat mamat ni:


Yeah! Ianya menarik untuk melihat yang anda memiliki handphone untuk mengambil gambar. Anda memang lebih hebat berbanding kami semua. Lupakan mengambil foto alam sekitar dan peristiwa penting...apa yang anda ingin kami lihat di FB anda adalah foto-foto anda di bilik mandi, dalam gelap, ambil gambar diri sendiri di depan cermin dengan "making a kissing-face".

The world really needs more stupid mirror shots. Really. Saya ada dengar yang awak ada ambil mirror shot sebagai foto profil di FB. Bakal majikan dan rakan sekerja tentu boleh jengah FB anda dan berfikir yang anda memang kaya dengan karisma dan kepandaian dan mungkin berminat mengambil anda bekerja untuk mereka dengan segera. Anda patut mencubanya.

3) PEOPLE WHO ADD YOU FOR NO REASON


There sure are a lot of wierdos out there. Itu bukanlah bermaksud anda perlu menjadi orang yang baik dan menerima berkawan dengan sesiapa sahaja disebabkan tidak mahu mengecewakan perasaan orang lain. Tetapi percayalah yang wierdos don't have feelings. Sekiranya seseorang mahu menjadi sahabat maya anda disebabkan foto profil anda, jelaslah mereka ini tidak tertarik dengan buah fikiran anda (dalam status update) dan link jenaka yang anda masukkan di dalam FB. Ianya kelihatan lebih kepada sebuah persahabatan palsu. 

Apa yang turut termasuk di bawah kategori ini adalah orang yang terdesak untuk adding someone tanpa terlebih dahulu memberi pengenalan tentang diri sendiri. Kalau kita jumpa seseorang yang meminta kita memberitahunya sudah pukul berapa, atau apakah kita ada pencucuh api (rokok), masih tidak melayakkan si polan itu menjadi kawan kita. Tetapi melalui FB, orang asing ini dengan satu klik sahaja mudah menjadi kawan. FB telah memberi definisi baru "kawan" kepada masyarakat moden hari ini. 

Not that I mind people adding me though...I'm pretty awesome like that.  

4) PDA (PUBLIC DISPLAY OF AFFECTIONS) I WISH I DIDN'T SEE


Sebelum adanya FB, pasangan Muslim beramah-mesra secara bersendiri di rumah dan NOBODY perlu tahu mengenainya. Pasangan tersebut sangat gembira. Orang lain juga amat gembira kerana mereka tidak terseksa oleh perlakuan PDA mereka. Ini kerana pasangan Muslim mempunyai semacam code of conduct in public. You know, like keeping the lovey-dovey stuff private atau hanya untuk TATAPAN PASANGAN SAHAJA?

Kemudian datanglah FB dan garisan mengenai apa yang sepatutnya menjadi privasi (hal di kamar tidur) dengan apa yang boleh dikongsi dengan rakan, menjadi kabur. Hari ini kita diseksa oleh tanda hati <3 untuk setiap harijadi dan ulangtahun, winky emoticons and other lame flirtatious techniques, bizarre nicknames you didn't know about dan tidak ketinggalan album percutian dan bulan madu yang tidak sepatutnya diupload (sumpah tak sengaja upload katanya) hingga menimbulkan fitnah seluruhnya.

"Tak apa lah. Sekurang-kurangnya mereka dah berkahwin. Semuanya Halal. Cute kan?"

"NO, ianya tak cute langsung. STOP IT. NOT ON FACEBOOK!"

<3 haha...<3 haha...

5) MUNDANE FUNPAGES

Okay. This was supposed to be a neat concept. Laman peminat (funpages) kini berguna untuk membantu organisasi, artis dan pelbagai pertubuhan untuk memiliki tapak di alam maya. Saya gembira sekiranya manusia tidak menyalahgunakan kemudahan dan ciri-ciri fanpages ini.

Oh wait! Apa ni? Fangaes untuk Pisang? Sedikit aneh..Mungkin ada kesilapan teknikal. Saya yakin lain-lain fanpages lebih normal.

Oh wait! Apa ni? Fanpages untuk kepala paip pecah di masjid? Wow, perlukah diwujudkan Fanpages juga?


Hari ini ramai orang sudah menyalahgunakan fungsi Fanpages dengan mencipta berbagai perkara yang mengarut 'beyond belief". Lame and dumb Fanpages itu telah menjadi terlalu biasa kita perhatian di FB.

Malah, ada juga segelintir Muslim yang tidak rasa bersalah membuat Fanpages untuk perkara seperti "Jannatul-Firdous". 


Really? Siapa yang tak nak jadi Fan untuk Syurga Firdous? Why does it need its own Fanpage?

And why is it in the travel category?

6) LIKE, LIKE, LIKE, LIKE

Ianya seperti sesuatu yang amat besar lagi penting hari ini untuk LIKE semua perkara. "Liking" something is akin to saying "I agree" or "I approve" or "I'm down with that".

Cuma masalahnya ramai orang "like" saja semua perkara on their "newsfeed"...tanpa benar-benar sedar keperluan sebenar mengapa mereka sebenarnya "liking" benda tu. 

Sekiranya seseorang membuat pengumuman berita kematian orang tersayang dan haiwan kesayangan, it's not the best idea to "like" it! 


Dengan lain perkataan:

"That's the saddest Jenazah prayer I've ever-"

"HELL YEAH" - because you just LIKE the status.

7) ALMOST REAL-TIME STATUS UPDATES

Akhirnya, nampaknya ada sesetengah dari kita that are getting TOO used to the whole status update thing. Like we're literally posting every second of our day.

Ada rasa nak bersin:


Semasa tengah bersin:


Ucapan orang selepas bersin:


Dan sekarang dengan keupayaan telefon pintar membolehkan anda updates your status. Orang literally boleh update status dia di manapun dia berada. Termasuklah tempat-tempat dan pada ketika yang anda fikir mustahil untuk menukar status anda.


Apa lagi trend yang menjengkelkan yang Facebook boleh wujudkan buat kita? Jeng, jeng, jeng....

Rencana asal: SINI

Artis Terkenal - beza Dulu VS Sekarang (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Jangan risau kalau tak comel tu..

Janganlah bersedih hati jika ketika di sekolah anda tak lawa. Ini adalah kerana ramai artis yang kini terkenal pun suatu ketika di sekolah mereka tak lawa dan ensem mana pun. At the end mereka masih boleh berjaya.


Laporan asal Izismile

Saturday 27 October 2012

Rumah UFO Naomi Campbell oleh Zaha Hadid (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


UFO Bumi

Billionaire terkenal Russia Vladislav Doronin mengarahkan firma arkitek terkenal Zaha Hadid untuk mereka sebuah rumah UFO di bawah untuk teman wanita beliau Naomi Campbell. Rumah unik umpama UFO ini terletak di Barvikha, Moscow dan mempunyai keluasan 2650 meter persegi. Ruang tidurnya teletak di dalam menara setinggi 22 meter yang kelihatan seperti sebuah periskop. 


Laporan asal DesignBoom

Apartmen Terkecil Di Sweden (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Kecil-kecil cili padi


Ini ialah apartmen terkecil di Lund, Sweden. Ia hanya berkeluasan 12 meter persegi  (130 kaki persegi) dan masih dilengkapi dengan segala keperluan apartmen yang bersaiz normal. Sungguhpun ianya kecil sewa bulanannya tidak kecil langsung iaitu USD 370 (RM 1170) sebulan!





Laporan asal DesignMilk

"Gerai Tangga" di Jakarta (foto)

Sumber Dipetik: Blogserius

Nak rezeki halal!


Di Pusat Konvensyen Jakarta anda boleh melihat "gerai tangga" seperti di bawah. Gerai tangga ini dimiliki peniaga miskin yang tidak mampu menyewa ruang perniagan di dalam Pusat Konvensyen Jakarta yang terlalu mahal. Maka mereka menggunakan otak geliga mereka untuk berniaga dari atas tangga yang kemudian disandarkan pada pagar yang mengelilingi PKJ. 

Peniaga miskin ini menjual makanan dan minuman pada harga yang murah dan mampu dibeli oleh pekerja PKJ yang juga berpendapatan rendah. Pekerja PKJ membeli makanan dan minuman dari gerai tangga ini kerana makanan yang dijual di PKJ mahal nak mampos. I have to admire the survival instinct of these small traders. Inilah namanya necessity is the mother of invention. Jadi, tak hairanlah di Malaysia orang Indo bijak berniaga. Bandingkan dengan negara asal mereka, di Malaysia banyak kemudahan yang mereka boleh manfaatkan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik!

?

Laporan asal Kaskus